Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan menerima mengadap Menteri Undang-Undang dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Kedua, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Edwin Tong dan isteri, Madam Au Huey Ling pada majlis yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan, hari ini.
Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto